Skip to main content

Comments

Popular posts from this blog

INIKAH ERTINYA CINTA: 15

‘Alamak, silap turun la! Apa aku nak buat ni?’ Arina menghayunkan langkah. Sungguh dia tidak menyangka malang akan menimpa. ‘ Yang aku ikut dia orang turun tu buat apa? Pakcik bas ni pun satu ... berhentilah kat dewan kuliah dulu, aku kan baru pertama kali naik bas. Tak pasal-pasal kena menapak dari pusat konvensyen ke dewan kuliah.’ Arina mendengus geram. Arina betul-betul panik. Kuliah akan bermula sebentar sahaja lagi . ‘Cool Ina ... cool. Ya Allah, mintak-mintak aku sampai sebelum pensyarah. Apa susah, tanyalah orang.’ Arina mundar-mandir sambil matanya melilau mencari bangunan dewan kuliah gugusan 2. Semasa minggu orientasi mereka telah dibawa mengelilingi kawasan kampus. Malah ada beberapa aktiviti dijalankan di dalam dewan kuliah. Tetapi dia langsung tidak mengingati posisi bangunan dewan kuliah. Semua bangunan nampak sama sahaja pada pandangan mata Arina. Mujurlah ada insan penyelamat yang menunjukkan arah, kalau tidak mahu saja dia menangis di situ. Arina menghe...

INIKAH ERTINYA CINTA: 10

‘Aduh..malasnya nak pergi kerja hari ni. Kalau aku tau macam ni punya teruk, awal-awal lagi aku tak mintak kerja kat Mc D. Ish ... tak bersyukur langsung aku ni. Orang lain sibuk cari kerja, aku kecoh nak berhenti pulak. Barulah aku tahu betapa payahnya nak cari sesen duit daripada titik peluh kita sendiri.’ Sesi meluahkan perasaan perasaan pada diri sendiri telah bermula . Arina pantas mengenakan kemeja berjalur hijau di badan. Malas-malas pun kena jugak bersiap ke tempat kerja. Kalau tidak habislah kena bambu dengan bos. Sedang dia sibuk mengenakan butang bajunya, dia terdengar suara lantang memanggilnya dari tingkat bawah. ‘ Apahal pulak tu ? Excited semacam aje. Confuse aku.’ Bisik hati Arina. Dan ketika itu juga dia terdengar pintu biliknya diketuk bertalu-talu, lalu dia memulas tombol pintu. Tersembul wajah emaknya ketika pintu dibuka. “Kenapa mak?” soalnya dengan perasaan ingin tahu. “Ni, surat dari matrikulasi. Keputusan periksa agaknya,” emak menjelaskan. Arina terked...