Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Hanyut

INIKAH ERTINYA CINTA: 27

Terasa lambat masa bergerak. Dua jam terperuk di dalam kelas lukisan amat membebankan otak Arina. Sukar betul ingin mencurahkan secebis idea di atas kertas lukisan yang putih bersih di hadapannya. Imej yang terakam di minda tidak terluah. Dia memegang kemas pensel 2B berjalur hitam kuning. Tema lukisan ialah pemandangan di dasar laut. Separuh daripada teman-temannya telah pun siap melakar sesuatu, segelintir lagi sudah mula mencalitkan warna. Dia kagum dengan sahabat di hadapannya. Temannya yang berbangsa Cina itu pantas dalam melukis, tidak kira apa sahaja tajuk yang diberi, hasilnya tidak pernah menghampakan. Betul kata pensyarah lukisannya. Golongan yang paling kreatif dalam menghasilkan sebuah lukisan yang bermutu adalah mereka yang bermata sepet dan kecil. Kalau dilihat daripada perspektif sejarah silam sendiri, memang masyarakat Cina amat mementingkan pendidikan, sastera dan seni kerana mereka yang berkebolehan lazimnya dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Ada masa

INIKAH ERTINYA CINTA: 26

Matahari sudah tinggi sewaktu Arina bangun daripada tidurnya. Katil Aziriza sudah siap dikemas. Baldinya tiada, mungkin sedang membersihkan diri. Ikutkan hati mahu saja dia menyambung untuk beberapa minit lagi. Arina menguap. Dia bangun lantas membelek wajahnya di cermin. Kusut masai, mata bengkak. Penangan vcd Korea, ‘Autumn In My Heart’. Sepanjang malam dia menonton vcd milik jiran sebelah bilik. Jalan cerita yang meruntun hati dan nalurinya membuatkan dia tidak mampu menahan perasaan sedihnya. Gadis yang disangka adik sendiri, bersama sejak kecil, rupa-rupanya bukan darah daging sendiri. Dari kasih seorang abang kepada adik berubah ke kasih seorang teruna dan dara. Cinta yang dipertahankan akhirnya tidak kesampaian. Ajal memisahkan dan siapa pun tidak akan mampu menahan meskipun menundanya. Ia akan hadir bila tiba janji-Nya. Aziriza telah pun selesai membersihkan diri. Langsir yang menutupi tingkap dikilas selebarnya. Memberi ruang untuk udara menyelinap di segenap ruang bilik.

INIKAH ERTINYA CINTA: 25

“RIN, SAYA TUNGGU AWAK KAT PERPUSTAKAAN. TINGKAT 5. RITA KATA AWAK KENAL SAYA. ITU PUN KALAU AWAK SUDI.” Gelisah Arina memikirkan mesej Fendi yang diterimanya sebentar tadi. Nasi goreng kesukaannya pun hanya dijamah sedikit sahaja. Hendak menolak dia serba salah. Sudah banyak kali dia menghampakan Fendi. Hendak pergi, hatinya pula terasa berat. Segan dan malu semuanya bersatu. “Dik, kenapa makan tak habis? Tak sihat ke?” Hazli menyoal apabila memerhatikan Arina tidak menghabiskan makanannya. Arina menggeleng menidakkan andaian Hazli. “Hang tu dah la kecik, tak payahlah nak ber diet . Ke baru dapat mesej dari balak sampai tak lalu makan?”Azizi pula bersuara. “Siapa diet , aku tak ada seleralah. Merepek la kau, Zi.” Tiba-tiba Sue menjerit. Semua mata memandang ke arahnya. Menyedari dia bersikap di luar kawalan, dia menekup mulut. Nasib baik tidak melatah. Dia menjegilkan matanya, marah dengan Intan yang tidak semena-mena mencucuk pinggangnya. Intan menghalakan jari telunjukny