Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Tahniah Skuad Harimau Malaya

INIKAH ERTINYA CINTA: 10

‘Aduh..malasnya nak pergi kerja hari ni. Kalau aku tau macam ni punya teruk, awal-awal lagi aku tak mintak kerja kat Mc D. Ish ... tak bersyukur langsung aku ni. Orang lain sibuk cari kerja, aku kecoh nak berhenti pulak. Barulah aku tahu betapa payahnya nak cari sesen duit daripada titik peluh kita sendiri.’ Sesi meluahkan perasaan perasaan pada diri sendiri telah bermula . Arina pantas mengenakan kemeja berjalur hijau di badan. Malas-malas pun kena jugak bersiap ke tempat kerja. Kalau tidak habislah kena bambu dengan bos. Sedang dia sibuk mengenakan butang bajunya, dia terdengar suara lantang memanggilnya dari tingkat bawah. ‘ Apahal pulak tu ? Excited semacam aje. Confuse aku.’ Bisik hati Arina. Dan ketika itu juga dia terdengar pintu biliknya diketuk bertalu-talu, lalu dia memulas tombol pintu. Tersembul wajah emaknya ketika pintu dibuka. “Kenapa mak?” soalnya dengan perasaan ingin tahu. “Ni, surat dari matrikulasi. Keputusan periksa agaknya,” emak menjelaskan. Arina terked

INIKAH ERTINYA CINTA: 9

“Woi,bangunlah! Anak dara apa ni matahari dah tinggi segalah masih nak berbungkus!” Arina buat tidak endah sahaja dengan teguran adik bongsu lelakinya. Malas dia hendak melayan. Apa yang dia pasti, peluang cuti hujung minggu yang jarang-jarang muncul dalam hidupnya sejak bergelar krew Mc Donald harus dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Kelopak matanya masih belum mampu dibuka meskipun jam telah menunjukkan pukul 8 pagi. Tabir mimpi masih belum mahu melabuhkan layar. Lagi setengah jam aku bangun,janjinya pada diri sendiri. Insya Allah, mak tak marah kot. Bukan selalu aku bangun lambat. Baru saja dia ingin menyambung tidurnya yang terganggu dek suara bingit adiknya, wajahnya tiba-tiba dirasakan sejuk seperti terkena percikan air. Bocor ke atap rumah ni?Tapi nak kata hujan lebat,tak ada pulak dengar bunyi bising,getus hati kecilnya. Pada mulanya dia hanya membiarkan sahaja kerana terlalu mengantuk. Lama kelamaan makin basah pula mukanya lantas memaksa dia mengusir jauh-jauh niatnya untuk

INIKAH ERTINYA CINTA: 8

Insiden minyak tumpah semalam masih menjadi topik perbualan hangat hari ini di kalangan krew. Arina cuma memekakkan telinga dan menjawab sekadar perlu bila ada sesetengah krew yang bertanya perihal itu. Tidak ingin dia mengingat lagi peristiwa yang memalukan. Ditambah pula dengan usikan Abang Muazam dan Kak Ogy yang mempersendakan dirinya. Dia sudah cukup terdera dengan peristiwa semalam,kenapa mereka masih tidak segan silu menyakitkan perasaannya?Tidak sensitif dengan perasaan orang sekeliling!dia membentak. “Ada orang sampai menangis semalam. Kesian.” “Hari ni jangan banjir lagilah hendaknya.” “Tempat lain dibanjiri air,kita dibanjiri minyak pulak.” Arina sekadar mampu tersenyum hambar menerima usikan Kak Ogy dan Abang Muazam. Berdasarkan cakap-cakap orang di sni, dialah krew pertama yang telah memecah rekod melakukan filtering hingga mengakibatkan minyak tumpah. Perasaan malu dengan kecuaian sendiri sedikit sebanyak mengganggu kosentrasinya hari ini. Seolahnya semua orang