Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 10

‘Aduh..malasnya nak pergi kerja hari ni. Kalau aku tau macam ni punya teruk, awal-awal lagi aku tak mintak kerja kat Mc D. Ish ... tak bersyukur langsung aku ni. Orang lain sibuk cari kerja, aku kecoh nak berhenti pulak. Barulah aku tahu betapa payahnya nak cari sesen duit daripada titik peluh kita sendiri.’ Sesi meluahkan perasaan perasaan pada diri sendiri telah bermula. Arina pantas mengenakan kemeja berjalur hijau di badan. Malas-malas pun kena jugak bersiap ke tempat kerja. Kalau tidak habislah kena bambu dengan bos. Sedang dia sibuk mengenakan butang bajunya, dia terdengar suara lantang memanggilnya dari tingkat bawah.

Apahal pulak tu? Excited semacam aje. Confuse aku.’ Bisik hati Arina. Dan ketika itu juga dia terdengar pintu biliknya diketuk bertalu-talu, lalu dia memulas tombol pintu. Tersembul wajah emaknya ketika pintu dibuka.

“Kenapa mak?” soalnya dengan perasaan ingin tahu.

“Ni, surat dari matrikulasi. Keputusan periksa agaknya,” emak menjelaskan. Arina terkedu.

‘What?Result?’ Jantungnya berdegup kencang. Sampul surat bertukar tangan. Emak membiarkan anak sulungnya itu bersendirian seakan-akan mengerti apa yang bergelodak di dalam hatinya.Terketar-ketar jari Arina mengoyak sampul surat tersebut. Kertas putih yang berlipat dikeluarkan perlahan-lahan.

“ PURATA NILAI GRED SEMESTER: 2.5"

"PURATA NILAI GRED KESELURUHAN:2.78”

Pandangan Arina seakan-akan berbalam buat seketika. Kecewanya tidak terkata. Terasa hangat air mata membasahi pipi Arina. Terbayang di ruang mata wajah emak dan abah yang berharap akan kejayaannya.Tapi apa yang telah diberikan kepada emak dan abah yang bersusah-payah selama ini? Lama Arina berteleku di bilik. Tidak sampai hati untuk memberitahu keputusan yang bakal melakar riak kecewa di hati emak dan abah. Ah, apa guna menangisi nasib yang memang telah termaktub sejak azali. Sekurang-kurangnya aku sudah berusaha. Mungkin nasib tidak menyebelahi, dalam kedukaan dia memujuk hatinya sendiri. Pipinya yang basah dilap menggunakan tisu. Tombol yang berkunci dipulas perlahan. Dia menarik nafas sambil beristighfar untuk menenangkan hati yang kacau.

“Ha ... macam mana ‘result’?” abah mengajukan pertanyaan sebaik sahaja terpandang kelibat Arina menuruni tangga. Arina membungkam seribu bahasa. Tidak tahu apa yang perlu dituturkannya.

“Hmm … diam aje. Teruklah tu ...” emak pula bersuara.

“Entahlah ... tak bagus macam dulu. Gred turun,” Arina membalas. Slip keputusan dihulur kepada abah yang sedang membaca suratkhabar.

“Tak boleh juga nak capai 3.00 pointer. Orang lain kenapa boleh ...” abah memberi pendapat.

‘Tu dia orang, along bukan dia orang. Orang dah cuba sehabis baik, tapi tak ada rezeki.’ Kata-kata itu cuma bergema dalam hati Arina. Tidak sesekali dia akan mengutarakannya secara terang-terangan. Tidak mahu menghangatkan lagi bara di lubuk hati abahnya.

“Boleh ke masuk ‘U’ ni? Sekarang dah sibuk pasal meritrokrasi.Kalau tak dapat, nak buat apa?” abah menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengundang serba salah di hati gadis yang berusia 20 tahun ini.

“Ala, budak matriks dah sure dapat masuk punya, cuma tak pasti course apa,” Arina menjelaskan. Sekadar menyedapkan hati abah dan juga hatinya sendiri.

“Nak pergi sekarang ke?” Arina mengangguk. Dia menyarung stoking hitam dan kasut Jazz lalu melangkah ke kereta. Seketika kemudian, deruman enjin membelah jalan raya, menemani hatinya yang dihurung kekesalan.

“Hai, Arina! Macam mana result?” Abang Muazam terus melemparkan ‘killer question’ kepada Arina sebaik sahaja dia tiba di lobi.

Aik, macam mana dia tahu aku dapat result hari ni? Mesti Maz pun dah dapat. Berapalah agaknya yang Maz dapat?’ Bicara hati Arina lagi.

“Apasal monyok aje?” Abang Muazam merenung Arina.

“Biasalah bang, kantoi….” Malas sahaja Arina menjawab. Setelah meletakkan beg di rak, dia menuju ke bilik pengurus untuk ‘punch-in’.

“Woi, Ina! Amacam result kau?” tiba-tiba Maz menepuk bahu Arina. Arina menoleh.

Happy aje member aku sorang ni? Mesti result power.’ Getus hati Arina lagi apabila melihat Maz begitu ceria.

“Cukup makan aje, Maz. Tak sampai 3.00 pointer pun.” Ujar Arina.

“Samalah kita. Biologi mencacatkan result la..” Maz pula mengadu.

“Betul. Agaknya balasan la tu sebab selalu ponteng kelas dulu,”Arina ketawa kecil. Teringat zaman keseronokan semasa di pusat matrikulasi. Lebih kepada kenakalan sebenarnya. Tetapi meskipun dia sekali sekala tidak hadir ke kelas,itu tidak bermakna dia tidak ambil serius dengan pelajarannya.

Apa khabar roommate aku? Result dia orang mesti best ... Aku yang haprak. Ah benda dah jadi, nak buat macam mana ....Terima aje la dengan redha.’ Arina terus berperang di dalam hati. Boleh dikatakan sepanjang hari itu Arina dan Maz diajukan soalan yang sama sampaikan rasa hendak rekod sahaja suara di dalam pita perakam suara. Boleh ‘rewind and play’. Kak Aida, penolong pengurus di tempat mereka bekerja memberi perangsang kepada Arina. Sekurang-kurangnya tidaklah Arina dibelenggu dengan rasa sedih di sepanjang hari itu. Mazni pula lebih tenang menerima keputusan yang ditakdirkan untuknya. Kalau diikutkan keputusan mereka berdua tidak jauh berbeza.

Menjelang malam, telefon rumah pula tidak putus-putus berdering. Apa lagi, hendak tanya pasal keputusan la tu! Barulah terdengar khabar berita sahabat-sahabat yang sudah 2 bulan lebih tidak berjumpa. Masing-masing menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan dengan keputusan yang baru mereka perolehi. Tapi apa lagi yang mampu mereka lakukan selain menerima dengan hati yang terbuka dan redha?

Arina mengambil album yang memuatkan gambar-gambar semasa di kolej matrikulasi. Matanya terlekat pada seraut wajah yang pernah mencuri hati wanitanya suatu masa dulu.

Entah apa khabarnya sekarang? Aku harap dia berjaya mendapat keputusan yang jauh lebih baik daripada aku ...’ Jauh di dalam sudut hati Arina berbisik sendirian. Ketika dia hanyut dilambung kenangan, telefon bimbitnya berdering. Kacau daun betul! Rungutnya. Tanpa melihat nama si pemanggil, dia terus menjawab panggilan.

“Hello.” Begitu malas dia menjawab. Saat ini dia lebih gemar memencilkan diri tanpa diganggu.

“Hello,macam mana result? Mesti power kan?” jantungnya seakan berhenti berdegup. Suara ini...macam kenal. Takkanlah...! Arina hampir menjerit namun ditahankan. Baru sebentar tadi Arina menatap wajah si dia di album. Kini suaranya pula bergema di pendengaran. Halim!

“Erk...taklah sehebat mana. Cukup makan je Mi...eh,Halim.” Arina menepuk mulutnya yang tersasul ingin menyebut nama Milah. Harap-harap dia tak perasan. Sudah terbiasa menggunakan nama Milah tatkala berbicara dengan teman rapat untuk mengelak daripada diketahui orang. Tanpa sedar dia ketawa kecil.

“Kenapa ketawa? Oh, tersasul sebut nama boyfriend eh?”Halim membuat andaian.

“Tak adalah. Tanya orang,result awak macam mana?” Arina mengalih topik. Takkan nak beritahu hal yang sebenar? Mahu aku diganyangnya nanti.

“Biasa je. Macam kau tak tahu aku macam mana kan? Senang cerita luluslah. Tak perlu mengulang semester. Itu pun dah kira bagus untuk aku,” balas Halim pula. Arina mengangguk tanda bersetuju dengan kenyataan Halim.

“Kau macam mana? Sihat? Buat apa sekarang?” soal Halim lagi.

“Saya kerja sekarang. Kat McDonald. Saja cari pengalaman.” Arina menjawab. Dia tetap menggunakan kata ganti diri ‘saya’ dan ‘awak’ bila berbual dengan Halim biarpun lelaki itu membahasakan dirinya ‘aku’. Arina lebih selesa begitu.

“Baguslah. Aku pun kerja tapi kerja kampung je. Okaylah Arina. Aku saja nak bertanya khabar. Kau kan secret admirer aku,”meledak ketawa Halim membingitkan telinga Arina. Arina juga ketawa sama. Dia sudah tidak peduli lagi dengan usikan Halim. Jika dulu mungkin wajahnya sudah memerah dan dia akan membisu kerana malu.

“Jadi,awak seharusnya berterima kasih dengan saya sebab ada juga orang admire kat awak dulu kan?” Arina cuba melawak. Kedengaran tawa Halim di sebelah sana. Kali ini tidak sekuat tadi.

“Heheh...apa pun tu semua kenangan masa matrik. Lepas ni insya allah kita membina impian di universiti pula. Okaylah,semoga berjaya ya. Apa-apa hal kita masih kawan kan?”

“Mestilah. Saya pun harap awak berjaya mencapai cita-cita awak. Jangan ponteng kelas lagi tau bila dah masuk U nanti,” usik Arina sambil ketawa.

“Oho,kau perli aku ya? Betul juga tu. Kalau aku ponteng, dah tak ada siapa pula nak bagi nota kat aku kan? Macam kau bagi kat aku dulu,” Halim membuka semula lembaran memori mereka. Memang Arina akan meminjamkan nota kepada Halim bila lelaki itu tidak hadir ke kelas. Ketawa mereka bergabung bila ingatan singgah di zaman mereka bergelar pelajar matrikulasi. Penuh keceriaan meskipun beban pelajaran amat berat tergalas di bahu.

Sebelum mengakhiri perbualan, Halim dan Arina mendoakan kejayaan masing-masing bila berada di tempat baru. Sempat Halim menggiat Arina mengatakan yang dia berharap Arina akan mendapat universiti yang sama dengannya supaya bila dia tidak hadir akan ada orang yang akan menyelamatkannya seperti di matrikulasi dahulu. Kata-katanya disambut hilai tawa Arina.

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.