Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 25

“RIN, SAYA TUNGGU AWAK KAT PERPUSTAKAAN. TINGKAT 5. RITA KATA AWAK KENAL SAYA. ITU PUN KALAU AWAK SUDI.”

Gelisah Arina memikirkan mesej Fendi yang diterimanya sebentar tadi. Nasi goreng kesukaannya pun hanya dijamah sedikit sahaja. Hendak menolak dia serba salah. Sudah banyak kali dia menghampakan Fendi. Hendak pergi, hatinya pula terasa berat. Segan dan malu semuanya bersatu.

“Dik, kenapa makan tak habis? Tak sihat ke?” Hazli menyoal apabila memerhatikan Arina tidak menghabiskan makanannya. Arina menggeleng menidakkan andaian Hazli.

“Hang tu dah la kecik, tak payahlah nak berdiet. Ke baru dapat mesej dari balak sampai tak lalu makan?”Azizi pula bersuara.

“Siapa diet, aku tak ada seleralah. Merepek la kau, Zi.”

Tiba-tiba Sue menjerit. Semua mata memandang ke arahnya. Menyedari dia bersikap di luar kawalan, dia menekup mulut. Nasib baik tidak melatah. Dia menjegilkan matanya, marah dengan Intan yang tidak semena-mena mencucuk pinggangnya. Intan menghalakan jari telunjuknya ke satu sudut. Segera Sue tersenyum melebar. Aziriza dan Arina mengangguk tanda faham. Jejaka pujaan lalu ... siapa yang tidak seronok?

“Ala, tak payah sorok la, Sue. Aku tau kau minat siapa. Mamat Sarawak tu kan?” Mereka sedikit tersentak dengan kenyataan yang meluncur daripada mulut Azizi. Setahu mereka, hal ini tidak pernah dikhabarkan kepada sesiapa. Hanya mereka berempat sahaja yang tahu. Hai, itulah orang tua-tua ada berkata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Hazli terpinga-pinga. Mamat Sarawak?

“Kau ni Zi ... pandai-pandai aje. Mana ada aku minat. Suka tengok aje, normal la kan?”Sue menyembunyikan rasa hatinya daripada dihidu oleh Azizi. Azizi tersenyum sinis.

“Eleh, perempuan kalau minat orang lelaki boleh tahu la. Even korang try nak cover pun, still boleh nampak. Body language cukup menceritakan segala-galanya.” Kalau bertekak dengan Azizi, asyik dia sahaja yang hendak menang. Silap-silap, kita pula yang sakit hati. Tapi, betulkah lelaki cepat tangkap kalau ada perempuan yang minat? Entah-entah, golongan jejaka perasan sahaja yang berperasaan begitu.

“Biasalah tu. Macam lelaki juga kan, suka tengok perempuan ni, perempuan tu. Sekadar mencuci mata, kita orang pun sama la. Tak semestinya minat.” Intan menyokong sahabat yang sudah tidak keruan lakunya.

“Yalah tu ...” Azizi dan Hazli bersuara serentak. Dalam hati Sue lega tidak terkira apabila Azizi berhenti mempersoalkan isu itu. Kalau boleh, dia tidak mahu kedua-dua mereka dapat tahu lebih-lebih lagi Azizi.

Budak berdua ni bukan boleh harap, buatnya dia orang jumpa budak tu ... kemudian bagitahu yang aku suka kat dia ... eee, mau aku lari dari UUM ni. Siapa yang malu?Akak jugak!’ Hati Sue berkata-kata.

“Ada lagi satu jam ni. Korang nak pergi mana?” Soal Hazli.

“Aku nak balik bilik.”Jawab Azizi.

“Tak tau lagi, library perhaps.” Arina menjawab bagi pihak rakan-rakannya.

“Aku ikut hang la, Zi. Hang bawak motor, kan?” Hazli melirik kepada Azizi.

“Kami blah dulu la ... jumpa kat kelas nanti.” Azizi pula bersuara.

“Adik, kalau aku tak datang, tolong ye. Macam selalu. ” Kata-kata Hazli disambut dengan cebikan Arina.

“Malas, sendiri tak datang, sendiri tanggung.” Sindir Arina.

“Kau kan secretary aku, dik. Boleh lah.” Hazli separuh merengek.

“Dah la, pergi balik la ...” Tubuh Hazli ditolaknya dengan fail. Uh,beratnya!

Setelah mereka berdua beredar, Arina memandang wajah rakan-rakannya satu persatu.

“Korang mesti temankan aku ke perpustakaan sekarang. Wajib!” Arina seolah-olah memaksa.

Mereka bertiga saling berpandangan. Apa sebenarnya yang berlaku?

Selepas menyimpan beg masing-masing di bilik khas, mereka beriringan melangkah masuk ke perpustakaan. Mereka meniti anak tangga perlahan-lahan untuk mengelakkan timbulnya bunyi bising daripada sepatu yang mereka pakai.

“Kau janji dengan dia kat tingkat berapa?” Tanya Aziriza separuh berbisik. Arina menunjukkan angka lima menggunakan jari-jemarinya. Debar kian menyesak dada. Sue dan Intan tersenyum-senyum memandangnya. Dalam kekalutan yang kian melanda, Arina terasa ingin ketawa pula. Ketiga-tiga mereka setia mengekorinya, lagaknya seperti ada satu misi penting yang harus diselesaikan. Sedangkan hakikatnya tidaklah seserius mana.

Setibanya mereka di tingkat 5, Arina mundar-mandir mencari kelibat insan yang ingin menemuinya. Bilangan pelajar yang agak ramai menyukarkan penglihatan Arina. Dia beralih dari satu meja ke satu meja yang lain. Jantungnya berdegup hebat. Fendi yang mengenakan kemeja biru cair sedang menulis sesuatu di satu sudut yang agak terpencil. Pantas dia mendapatkan teman-temannya yang telah mengambil tempat.

“Ha ... dik, dah jumpa ke?” Intan bertanya tidak sabar.

“Dah ... tu dia kat meja hujung tu.” Semua mata menghala ke arah yang ditunjuk oleh Arina..

“Wah, not bad! Apa lagi Ina, saat keemasan ni.” Sue bersorak gembira.

“Tapi ... aku malulah nak jumpa.”

“Apa nak dimalukan? Lagipun dia yang atur date ni.” Sahut Aziriza. Sue pula mengiyakan tanda setuju.

“Cubalah, tak rugi. Kita orang sokong kau dari belakang. Go Ina, go!”

“Apa-apa hal, kami ada di sini.” Sue memegang bahunya. Memberi perangsang untuk teman seperjuangan. Arina menarik nafas dalam-dalam. Sebelum melangkah, sempat dia berpaling kepada sahabat setianya yang memerhati dengan penuh harapan.

“Assalammualaikum ... Fendi?” Tanya Arina dalam nada yang getar.

“Waalaikumussalam.” Anak mata Fendi tajam memanah pandangannya. Arina berpaut kuat pada birai meja untuk menampung tubuhnya yang menggeletar.

“Rin mengganggu kerja Fendi, ke?” Sepantas kilat Fendi bangun daripada duduknya. Ternyata dia di dalam keadaan serba-salah.

“Maaf, saya tak tahu awak Rin. Errr ... silalah duduk.” Kerusi di hadapan Fendi ditarik dengan hati-hati. Dia melabuhkan punggung seraya berpaling ke belakang. Rakan-rakannya sedang bertepuk tangan. Arina tergelak kecil. Nakal sungguh, persis anak kecil. Seketika kemudian, dia memandang wajah di hadapannya. Masing-masing kelu untuk memulakan bicara. Kali pertama bertemu empat mata begini, sedikit sebanyak mengundang resah di dalam jiwanya.

“Rin apa khabar?” Fendi mula membuka gelanggang perbualan.

“Sihat, Alhamdulillah.” Balas Arina ringkas.

“Fendi nampak macam sibuk aje.” Giliran Arina pula mengajukan soalan.

“Tak adalah, saja baca sementara tunggu Rin datang. Kelas dah habis ke?”

“Hai Fendi!”

Satu suara menyapa dari kejauhan mengganggu perbualan dua sahabat baru ini. Ah, Rita rupanya! Padanlah macam kenal sahaja suara.

“Rajinnya kau study. Eh, Ina! La, tak perasan aku. Ooo ... korang ada ... ehem-ehem.” Rita menjeling Arina.

Ada kemajuan nampaknya kawan aku ni.’ Sempat lagi Rita berbisik di dalam hatinya.

Tanpa dipinta, Rita duduk di sisi Arina. Fendi dan Rita sibuk berbual-bula perihal teman-teman persekolahan mereka sewaktu di tingkatan 6. Menurut apa yang didengar, mereka merancang untuk mengatur satu perjumpaan apabila tiba cuti semester tidak lama lagi. Arina mula panas punggung. Dua sahabat lama bertemu, pasti ada banyak bahan yang hendak dibualkan. Daripada satu topik berpindah pula ke topik yang lain. Fungsinya di situ mengangguk dan mencelah bila perlu. Memandangkan Rita tidak menunjukkan tanda-tanda untuk beredar, ada baiknya dia meminta diri. Lagipun kelas tutorial akan bermula sedikit masa lagi. Biarlah mereka berdua mengimbas semula nostalgia lama ,biarlah meskipun hatinya hampa apabila pertemuan pertama ini diganggu tanpa diduga. Menyalahkan Rita tidak sama sekali, apatah lagi Rita yang menemukannya dengan Fendi.

Arina meminta izin mereka berdua untuk beredar. Kelihatan Fendi teragak-agak untuk membenarkan dia pergi. Mungkin dia baru menyedari akan kewujudan diri Arina.Rita menahannya seraya meminta maaf lantaran kedatangannya merosakkan pertemuan ini. Bersungguh-sungguh hati Rita memujuk Arina agar tidak memarahinya. Pasti Rita menyangka yang dia meradang atau merajuk.

“Rita, listen to me. Aku tak ambil hati, aku kena pergi sebab ada kelas. Takkan kau nak halang aku? Kau nak aku kena bar exam?” Arina juga bersungguh-sungguh hati menerangkan alasannya untuk beredar daripada situ.

I’m so sorry, Ina ...” Sekali lagi Rita memohon maaf.

Rileks, la. Bila-bila masa aku boleh jumpa dia. Cheer up, lady. Got to go. Anyway, kirim salam aku pada dia. He look gorgeous.” Bisik Arina perlahan. Bimbang didengar Fendi. Bulat mata Rita mendengar omongan Arina. Tawa meletus antara mereka.

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.