Skip to main content

Death

Kematian selalunya membangkitkan jiwa yang mati.
Maksud aku,berita tentang kematian. Tak kisah kita kenal atau tidak si mati, hati kita pasti akan terasa sedih. Bagi kita, itulah perpisahan yang paling memeritkan kerana kita tahu yang kita takkan pernah dapat bersua dengan orang yang telah pergi.
Tak dapat tidak,kita pun terfikir…
Macam mana ye aku nanti?
Berakhir dengan husnul khatimah kah?
Atau…
Pergi tanpa sempat bertaubat?
Nauzubillahi min zalik.
Ya Allah…
Jangan Kau ambil kami dalam keadaan kami berdosa,dalam keadaan Kau tidak redha kepada kami.

Amin ya rabbal alamin.

Comments

Popular posts from this blog

Hanyut