Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 21


Arina memilih sebuah pokok yang agak rendang untuk melepaskan lelah. Tidak larat dia hendak mengikut temannya yang masih enggan berhenti. Sudah lama tidak bersenam, jogging baru satu pusingan sudah keletihan. Pancit.

Bintik-bintik peluh yang mengalir segera dilap menggunakan tuala kecil yang dililit di leher. Lengan t- shirt long sleeve yang dipakainya disinsing hingga ke bawah siku. Matanya meliar ke kawasan sekeliling. Ramai juga yang menghabiskan masa di sekitar kawasan tasik ini. Ada yang berseorangan, berkumpulan tidak kurang juga yang berpasangan. Bayu petang menampar halus pipinya. Tudung yang menutup kepalanya terbuai ditiup angin. Pandangannya ditebarkan ke serata kawasan. Sesusuk tubuh yang sedang berlari tiba-tiba berhenti. Hazli! Hatinya berdebar-debar. Semenjak dia diajukan soalan cepu emas tempoh hari, dia bertekad untuk membetulkan tanggapan Hazli terhadapnya. Sekarang, peluang terhampar di depan mata. Nak pergi ke tak? Lagipun kisah itu telah lama berlalu dan tidak patut dia membelenggu dirinya dengan kisah yang dia tidak pasti hujung pangkalnya. Bukan hak dia menilai orang dari pandangan sebelah pihak.

“Seorang saja ke?” Hazli yang sedang mengikat tali kasutnya yang terlerai mendongak.

Arina? Arina tegur aku?’ Hati Hazli berdetak.

“Err ... tak. Saya dengan kawan. Tu pun dia.”Arina menghalakan pandangannya ke arah yang ditunjukkan. Seorang lelaki sedang berlari menuju ke arah mereka.Termengah-mengah dia mengatur nafas.

“Kurang asam kau ... Li. Lain kali aku make sure dapat kalahkan kau.” Hazli sengih bangga.

“Siapa ni?” Tanya sahabat Hazli yang berjogging dengannya.

“Oh, ni member matrik aku dulu. Arina, ni Sufian, roommate saya,” Sufian dan Arina berbalas senyuman.

“Boleh saya cakap dengan awak sikit?” Dalam gentar Arina bertanya.

“Boleh. Pian, aku ada hal jap. Chow dulu.” Sufian melambai tangan sebelum menyambung lariannya. Suasana sepi. Arina memandang wajah Hazli. Hazli merenung tenang sambil tersenyum. Dia ikut sama tersenyum.

“Saya nak jawab soalan awak hari tu. Li, saya sebenarnya tak biasa berkawan dengan lelaki. Saya segan dengan awak, sebab tu saya sering mengelak dari bertembung dengan awak. Saya minta maaf, tapi itulah sebabnya. Bukan sebab saya tak suka berkawan dengan awak. Saya harap awak faham.” Lapang dada Arina tatkala dia mengungkapkan ayat akhir. Seolah-olah satu beban yang maha berat terlepas daripada bahunya.

“Oh ... macam tu. Kenapa mesti awak segan?”Arina hanya tersenyum mendengar soalan Hazli. Pertanyaan Hazli dibiarkan tergantung tidak berjawab.

“Ina.”

“Hmm?”

“Kat tudung awak..”

Hah, apa ada kat tudung aku? Ulat ke?Ala, macam mana ni?’Arina menggelabah seketika.

“Ada apa Li? Ada binatang ke?” Kaku tubuh gadis itu tidak bergerak. Hanya bebola matanya sahaja yang melirik ke kiri dan ke kanan. Takut benar dia. Hazli merapati Arina. Arina memejamkan matanya.

Cepatlah buang, tolonglah ...’ Arina meminta pertolongan tanpa Hazli tanpa bersuara.

“Hmm ... cantik corak tudung awak. Beli kat mana?”

“Li! Cepatlah buang binatang kat kepala saya!” Gesa Arina lagi.

Sempat pula dia puji tudung aku. Aku punya darah dah tinggal satu sudu teh aje ni.’ Arina mengomel di dalam hati.

“Mana ada apa-apa kat tudung awak.”Arina membuka matanya.

“Habis tadi?” Terpinga-pinga Arina memandang Hazli.

“Saya cuma cakap, kat tudung awak. Tak habis pun ayat tu, kan? Awak dah sangka yang bukan-bukan. Oooo ... penakut juga ek budak kecik ni.” Hazli menyakat.

“Budak kecik awak panggil saya? Awak tu besar sangat ke?” Arina sedikit terasa dengan teguran Hazli.

“Besar la daripada awak.” Satu tendangan mengena betis Hazli.

‘Rasakan kau! Siapa suruh perli aku! Arina puas setelah dapat menyepak betis Hazli.

“Aduh! Ganasnya awak.” Hazli menyapu betisnya yang menerima habuan percuma daripada Arina.

“Padan dengan muka. Siapa suruh kenakan orang,”

“Ala ... orang gurau aje. Tak kan tak boleh.” Hazli masih lagi menggosok-gosok betisnya.

“Tak boleh!” Arina bertegas.

“Marah?”

“Tak ... suka sangat!” Sebal sungguh hati Arina kerana dipermainkan.

“Janganlah marah, nanti muka cepat kedut tau. Masa tu baru menyesal.”

“Suka hatilah! Saya punya muka, apa yang awak susahkan? Saya boleh beli Olay Total Effect, mengurangkan tujuh tanda penuaan di kalangan wanita. Huh!” Tercengang Hazli mendengar patah kata yang keluar daripada bibir milik gadis ini.

Nampak diam, tapi boleh tahan juga mulut dia ni ye. Sepatah aku kata,berpuluh dia bidas. Dia ni marah betul-betul ke atau saja nak main-mainkan aku? Ish .. kang elok-elok dia nak berkawan dengan aku, terus kensel..’ Omel hati Hazli.

“Yelah, saya kalah. Saya melawak aje. Garang sungguh. Macam harimau. Ni mesti kena badi hutan Sintok ni.” Hazli mengalah. Arina ketawa menimbulkan rasa pelik di sudut hati Hazli.

“Saya pun.”

“Itu bukan melawak, naik angin namanya.”

“Eh, awak tak tau ke? Itulah gaya lawak alaf baru!” Geram Hazli dengan keletah Arina. Tidak mahu mengaku kalah.

“Okeylah, Li. Kawan saya pun dah lama tunggu tu. Lagipun dah nak Maghrib ni.” Arina meminta diri.

“Mmm ... okey.” Arina baru saja melangkah beberapa tapak tatkala Hazli melaungkan namanya. Dia berpaling semula menatap wajah Hazli.

“Janganlah segan lagi dengan saya yang handsome ni. Saya yakin awak tak menyesal ada kawan macam saya!”

Nakal.’ Getus Arina di dalam hati. Dia tersenyum mekar. Mencorakkan satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

“Amboi ... berseri-seri muka ye. Kalau aku tak bagi isyarat ajak balik, mau sampai esok kau dengan dia kat situ. Siap gelak-gelak, tendang-tendang manja gitu. Kata malu?” Mia membebel.

“Ala, aku ikut nasihat korang la. Berbaik sesama insan, apa salahnya. Mia, aku rasa telahan aku selama ni salah. Dia tak macam yang orang selalu kata.” Terbayang di layar memori saat bersejarah yang baru saja berakhir.

“Kalau tidak ... tak kan wujud pepatah tak kenal maka tak cinta. So, sekarang dah kenal, nanti bolehlah bercinta, kan?” Nakal Mia mengusik Arina yang baru hendak berjinak-jinak dengan kaum adam.

“Woi! Kau tak ada benda lain asyik cinta aje. Tau la yang awak tu tengah bahagia, cik kak. Awek dia nak letak mana? Merepek!” Mia tersengih malu dengan usikan Arina. Dia memaut bahu temannya.

“Aku memain aje. Lagipun, Fendi kau tu nak letak mana?” Arina terdiam apabila nama Fendi disebut.Lantas dia teringat sesuatu ...

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.