Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 18

Suasana dewan kuliah satu hingar-bingar dengan suara para pelajar. Sambil menanti ketibaan pensyarah, mereka berbual sesama sendiri. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk menyudahkan tugasan atau pun membelek buku pelajaran. Lazimnya kuantiti mereka yang membuang masa lebih ramai. Buat apa nak skima sangat kan, korang?

“Yang mana wei, aku tak pernah dengar pun nama tu. Kau menipu aku ye, Sue?” Tiba-tiba Hazli bersuara. Ada sedikit keraguan dalam bicaranya.

“Ya Allah ... kau tunggu aje la. Kau perhati pintu masuk tu, kalau ada minah yang kecik-kecik, comel-comel masuk pastu tersengih-sengih kat aku ... haa, memang sah dia! Sekarang tugas kau, tengok pintu tu baik-baik, jangan kacau aku. Okey, Encik Hazli?” Hazli merengus tanda tidak puas hati. Sue dan Hazli sekali lagi dipertemukan di bumi Sintok. Sebelum ini kedua-dua mereka belajar di kolej matrikulasi yang sama sebelum bergelar siswa dan siswi.

Sungguh, dia tidak pernah mendengar nama Arina yang didakwa sekolej dengannya dahulu. Meskipun dia bukan daripada aliran sains hayat, sekurang-kurangnya dia mampu mengingati semula nama-nama yang dikatakan oleh Sue yang turut sama mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sini. Tapi bila nama Arina ... satu wajah pun tidak mampu dia bayangkan.

Penantian selama lebih setengah jam tiba ke hujungnya apabila sepasang mata miliknya menangkap sesusuk tubuh yang sedang tersenyum sambil tersengih manakala Sue menyiku lengannya. Gadis itu agak terkejut bila terpandang wajahnya namun dia cuba berlagak selamba. Dia melabuhkan punggungnya seraya meletakkan fail di atas meja.

Arina mengerling kepada kedua-dua sahabatnya yang sedang berbisik sesama mereka. Sue menoleh sekilas lalu tersenyum kecil kepadanya.

Ah, mengumpat aku la tu! Tak pe, pahala dia orang aku yang dapat. Eh, tak baik buruk sangka nanti pahala aku pulak yang dia orang kebas. Dah la pahala yang sedia ada tu entah banyak mana ... tambah pulak lagi dosa. Habis, apa yang tinggal untuk aku?’ Bisik hati Arina tatkala terpandang kepada Sue dan Hazli yang berkelakuan pelik dipandangan matanya.

“Assalammualaikum and good afternoon.” Pensyarah subjek Matematik IT yang paling sempoi sama ada dari segi beliau berpakaian mahu pun cara penyampaian kuliah. Dr. Sobree meluaskan pandangan ke seluruh dewan. Kehadiran kuliah hari ini agak memuaskan berbanding dengan hari yang sebelumnya.

Okey, we will move to chapter 2. I hope all of you don’t mind if i’m using English. And I want you to communicate with me in English.” Ayat terakhir Dr Sobree mengundang keluhan pada setiap siswa-siswi termasuklah Arina. Minggu ini dilancarkan English Week, jadi semua pelajar dan pensyarah diwajibkan menggunakan bahasa Inggeris dalam menjalani urusan rasmi. Bukannya kerana masalah tidak mampu berkomunikasi menggunakan bahasa antarabangsa, tetapi kalau belajar dalam bahasa ibunda pun pelajar sukar untuk faham biji butir yang disampaikan oleh pensyarah, apatah lagi Bahasa Inggeris! Semua mereka sedia maklum akan stail pengajaran Dr Sobree. Ajar sikit, lepas tu yang lain cari sendiri. Sudahlah susah nak faham apa point yang cuba disampaikannya. Mujur juga kami bekas pelajar matrikulasi mempunyai sedikit asas dalam subjek ini. Meskipun begitu, ada juga topik baru yang tak pernah dipelajari.

Hai ... makin gelap masa depan subjek Matematik IT aku. Tak kan baru sem satu dah ada talent nak repair paper?’ Hati Arina bergetus lagi walaupun matanya memandang ke hadapan ke arah Dr. Sobree mengajar.

Seharian kuliah dihabiskan dengan mendengar penerangan yang masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri. Sepatah haram tidak faham! Kebanyakan pelajar di dalmnya membuat perkara lain atau tugasan yang perlu dihantar selepas kuliah ini. Tidak kurang juga ada yang terlena. Ayat terakhir Dr Sobree melegakan Arina dan Sue. Keluar juga mereka daripada kuliah yang membosankan. Mana tidaknya, sepanjang kuliah berjalan, satu maklumat pun tak melekat di kepala otak. Puas mereka cuba untuk menangkap apa yang ditutur oleg Dr. Sobree tetapi bahasa Inggerisnya memang tidak boleh hendak faham. Hancur!

“Ah, lega aku! Tak larat nak dengar dia cakap,” Arina bersuara sebaik sahaja kaki melangkah keluar daripada dewan.

“Fuh, memang. Aku ni memang la tak power B.I, tapi at least aku faham jugak orang cakap apa. Ini lagi satu apa benda pun tak dapat. Macam mana dia boleh dapat title doktor ni? Hairan aku.” Sue menggosok dagu tanda musykil.

“Sekarang nak pergi mana?” Hazli menyampuk.

La ... bila pulak dia ni muncul?’ Kedua-dua gadis itu bertanya serentak di dalam hati dengan ayat yang sama tanpa mereka menyedarinya.

“Apa lagi, balik kolejlah. Kita dah habis kuliah, kan Ina?” Sue menjawab dan Arina hanya mengangguk.

“Okey la ... jumpa esok.” Mereka berpisah mengikut haluan masing-masing. Arina juga terus melangkah membawa diri.

“Amboi, lajunya jalan cik kak! Tunggulah.” Tegur satu suara.

‘Eh ... siapa pulak yang tegur aku ni?’ Arina menoleh ke belakang. Kelihatan Hazli berlari-lari anak untuk menyaingi langkahnya. Arina terpaku.

‘Dia nak saing dengan aku ke?Alamak, segannya aku.’ Arina menggelabah sendiri.

“Awak kolej mana?” Soal Arina sekadar berbasa-basi. Dia agak gementar. Inilah kali pertama dia berbual secara empat mata dengan lelaki sepanjang dia berada di UUM ini.

“Kolej yang dihuni oleh para atlit.” Hazli menjawab. Arina mengangguk kecil tanda mengetahui di mana kolej itu terletak.

Kolej MISC rupanya. Berjiran rupanya aku dengan dia.’Hati Arina berbisik lagi. Kolej Perwaja letaknya satu kawasan dengan Kolej MISC.

“Saya tak pernah nampak pun awak kat matrik dulu?” Hazli mengajukan soalan yang disambut dengan seulas senyuman kecil.

Tak pernah nampak aku? Hai ... nampak sangat kewujudan aku tak disedari.’ Arina mengeluh kecil.

“Mungkin saya ni kecik sangat kot, sebab tu awak tak pernah nampak saya. Berbeza dengan awak, saya selalu nampak dan banyak cerita yang saya dengar pasal awak. Orang famous la katakan ...” Hazli tersentak.

Dia kenal aku?’ Hazli pula tertanya-tanya di dalam hati.

“Saya famous? Wah, tak sangka pulak. Ingatkan artis aje yang popular.”

Playboy Malaya, siapa tak kenal dengan Hazli Fardli. Kalau dah setiap hari ex-girlfriend kau tu menempel kat aku mengadu pasal kau, dari tak kenal pun boleh kenal. Tak semena-mena aku pula yang jadi kaunselor tak bergaji mereka.’ Omel Arina lagi.

Bunyi enjin bas mematikan perbualan dua insan yang baru mengenali di antara satu sama lain itu. Arina segera beredar, bimbang terlepas bas. Sempat dia mengerling Hazli yang sedang merenungnya.

I hope we can be friend,” Hazli melambai-lambaikan tangannya. Arina mengangkat keningnya sambil mendaki anak tangga.

Friend? Don’t you know how much I hate you? Heart-breaker!’ Arina mencebik di dalam hati tatkala kata-kata itu terungkap daripada bibir Hazli.

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.