Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 17

Sedari tadi gadis berbaju kurung biru ini melilau di sekitar tingkat dua bangunan Fakulti Teknologi Maklumat. Kakinya terasa lenguh, maklumlah kasut bertumit tinggi.

Tu la, gatal sangat nak melawa konon! Kalau aku tau la FTM ni jalannya berbelit, mati hidup balik aku tak kan pakai kasut ni.’ Gadis itu merungut.

Dalam merungut, dia meneruskan juga pencariannya. Tugasan mesti dihantar sebelum pukul tiga petang. Bilik pensyarah yang dicari masih tidak juga berjumpa. Naik angin satu badan dibuatnya.

‘Hai ... tak ada sesiapa ke yang baik hati ingin menunjukkan aku jalan yang betul ke arah bilik Cik Nassiria ni?’Sekali lagi gadis itu merungut.

“Assalammualaikum.”

“Waalaikumussalam.” Seorang lelaki tercegat di hadapannya. Aziriza mengamati wajah insan yang memberi salam kepadanya.

‘Macam kenal, tapi di mana ya?’ Aziriza bertanya sendirian di dalam hati.

“Eja cari bilik Cik Nassiria ke?” Pemuda itu seolah-olah memahami apa yang sedang dicari oleh Aziriza. Ternganga sebentar mulut Aziriza.

“Ha’ah, awak ni ...” Serta-merta Aziriza teringat.

‘Ini budak satu matrik aku ni. Apa ke nama mamat ni? Fa ... Fa apa ha?’ Aziriza cuba memutarkan kembali memorinya untuk mengingati nama pemuda yang sedang berdiri di hadapannya kini.

“Fariz Aziman.” Sekali lagi pemuda itu meleraikan persoalan yang menujah di tangkai hati Aziriza. Pemuda ini seolah-olah dapat mendengar suara hati Aziriza.

“Iman ... mesti orangnya pun kuat iman jugak.” Aziriza cuba bergurau untuk meredakan geram di hati. Fariz Aziman tergelak.

“Eja ni pandai melawak juga ye. Tengok muka nampak macam serius.” Fariz Aziman membalas.

So, sekarang awak dah tukar fikiran la tentang Aziriza ni?” Aziriza bertanya serius walaupun masih dalam nada gurauan. Fariz Aziman memegang dagunya lagak seperti berfikir. Aziriza sekadar memerhati.

“Mmmm ...bolehlah dikatakan begitu.” Balas Fariz Aziman kemudiannya. Aziriza senyum. Dia sebenarnya sudah lali dengan pendapat sebegitu. Air mukanya yang serius sering membuat orang tersalah anggap tentang peribadinya.

Ye la, tak kan nak senyum sepanjang masa. Nanti orang ingat aku gila pulak!’ Getus hati Aziriza lagi.

“Kebetulan saya pun nak ke bilik dia. Nak hantar tugasan MIS. Jom la, saya tau kat mana bilik dia.” Pelawaan daripada Fariz Aziman segera disambut. Mujurlah ada penyelamat di saat dia memerlukan seseorang. Kalau tidak, dia sendiri tidak tahu apa hendak jadi. Silap haribulan, tugasan pun tidak berhantar.

Selesai urusan, mereka beriringan meninggalkan Fakulti Teknologi Maklumat. Fariz Aziman mempelawa Aziriza untuk makan tengahari tetapi ditolak dengan sopan. Alasannya, ingin segera pulang ke bilik lantaran ada urusan yang lebih penting. Namun, dia berjanji akan ada lagi pertemuan seterusnya.

Aziriza menghayun langkah menuju ke biliknya yang terletak di tingkat dua Kolej Perwaja. Setelah selesai menunaikan solat Zohor yang hampir sampai ke penghujung, dia merebahkan diri ke atas katil. Keletihan yang menjalar segenap tubuhnya memudahkan dia melelapkan mata. Sebentar sahaja dia sudah pun terlena dengan diulit mimpi indah.

************************************************************************

“Ja ... oo ... cik Eja. Bangun, dah Maghrib ni.”

Siapa yang mengacau ni, nak tidur pun tak senang.’ Aziriza menggosok–gosok matanya. Cahaya lampu kalimantang menyulitkan dia untuk membuka kelopak mata.

“Amboi ... syoknya tidur! Patutlah aku kasi sms tak balas. Ni mesti terlajak Asar ni.”Aziriza yang menyedari kesilapannya cuma tersengih.

Nak kata apa ... memang betul pun. Mengantuk ditahap maksima, inilah jadinya.’ Getus Aziriza di dalam hati. Tetapi yang paling menyusahkan hatinya ... dia telah terlupa janjinya untuk makan bersama dengan sahabatnya nan sorang ini. Melihatkan daripada air muka Arina yang masam mencuka, Aziriza sudah dapat membayangkan perasaan temannya itu.

Mesti dah lama dia menunggu aku kat kafeteria tu. Macam mana aku nak buat ni?’ Aziriza cuma memerhati tingkah Arina. Sikit pun Arina tidak menoleh lantas terus melangkah keluar dari bilik yang mereka kongsi bersama. Aziriza mengeluh. Namun dia tahu marah Arina tidak lama.

Mereka masih lagi tidak bertegur sapa tatkala Arina selesai mengerjakan solat Maghrib. Aziriza tahu dia harus memulakan perbualan dintara mereka terlebih dahulu. Dia melipat kain telekung lalu disimpan di dalam almari kayu berwarna hitam putih yang terletak berhampiran katil miliknya. Arina mengemas buku-bukunya yang berselerak di atas meja.

“Ina ... sorry ya pasal tadi. Aku tertidur tak sedar apa. Aku lupa nak kunci jam.” Aziriza bersuara perlahan. Arina tersenyum.

It’s okey.” Sepatah kata yang keluar daripada mulut sahabatnya itu cukup melegakan Aziriza.

“Kau tak marah kat aku?” Aziriza inginkan kepastian.

“Kau tau aku macam mana, kan? Memang aku ni cepat naik angin, tapi sejuk pun cepat juga. Tapi kau kena buat sesuatu untuk aku la.” Arina mula berfikir sesuatu untuk Ariza menebus janji yang telah dimungkirinya.

“Apa dia?” Aziriza bertanya dengan debaran yang memukul di dada.

“Teman aku pergi makan sekarang, aku dari tengahari tadi tak makan apa tau.” Arina mengajak Aziriza menemaninya mengisi perut.

“Kau tak cakap pun ... memang aku akan minta kau turun dengan aku. Aku pun lapar jugak. Aku nak iron tudung jap, lepas tu kita pergi, okey?” Aziriza pantas ke meja untuk menggosok tudungnya.

“Yelah, nak pergi kafe pun nak melawa. Ada la yang dia tunggu tu.” Arina mencebik sambil tangannya ligat mengenakan kancing pada tudung.

“Eleh, cakap orang. Awak pun sama jugak! Siap pakai lip balm lagi, berbedak bagai!”Arina ketawa kuat mendengar kata-kata Aziriza.

Aku nak kenakan dia, aku pulak yang terkena!' Getus hati Arina.

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.