Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 16

“Assalammualaikum..”

“Waalaikumussalam, masuklah pintu tak kunci!” satu suara memberi arahan. Tombol pintu dipulas perlahan-lahan.

‘Aik ... suara ada, orangnya mana? Tak kan aku silap dengar? Setahu aku, sistem pendengaran aku sihat walafit lagi. Memang aku ada dengar suara orang tadi dan ini bermakna berlaku getaran pada gegendang telinga yang akan menghantar impuls ke otak lantas ditakrifkan sebagai SUARA.’ Hati kecil Arina berkata-kata sambil tercangak-cangak mencari kelibat manusia yang menyuruh dirinya masuk. Buatnya betul tak ada orang dan hanya ilusinya sahaja ... tidak ke naya nanti. Heee ... tak sanggup! Hati Arina berdetak lagi.

“Woi, kepala aje ke yang kau bawak? Badan kau mana? Tinggal kat bilik ke?” Argh! Terkejut punya pasal, kepala Arina terhantuk pada daun pintu.

‘Menyorok kat locker rupanya minah ni. Dah lah muka bertempek dengan bedak sejuk, hantu pun boleh cabut lari, tak nak aku mengaku member.’ Hati kecil Arina menggerutu pula.

“Udah-udah le menjenguk tu. Masuk la. Baru sergah sikit ... dah terkejut. Akulah ni ... bukannya hantu.” Arina tersengih-sengih mengenangkan aksinya tadi.

Nasib tak bertelur dahi.’ Sambil tersengih, Arina memegang dahinya takut ada benjol yang membuah di situ. Nasibnya memang baik kerana tidak ada satu pun benjol.

“Mana roommate kau?” Arina bertanya seraya melabuhkan punggungnya di atas katil kepunyaan Rita, teman sebilik Mia. Bersepah-sepah majalah hiburan di setiap penjuru katil, terhampar di sana sini. Arina mengambil salah satu yang menarik perhatiannya. Remaja edisi baru, apa lagi dengan pantas Arina membelek ruangan kegemarannya iaitu HOROSKOP. Biarpun ia agak superstitous, namun baginya dengan mempercayai ramalan tersebut memberi suatu harapan dan impian yang tidak mustahil digapai di alam realiti ini. Dia percaya tidak bermaksud menolak ketentuan Ilahi, hanya sekadar panduan untuk dia melalui hari-hari yang setiap satunya mencorakkan warna yang berlainan.

“Ada discussion kat PKP. Kau tau aje la si Rita tu. Busy memanjang, sama le macam kau. Ingatkan dah lupa bilik aku ni.” Miamenjawab pertanyaan Arina serta menyelit kata sindiran buat gadis itu. Arina tersengih lagi.

“Mana boleh lupa. Kan aku ni pengunjung tetap bilik kau. Macam mana study kau, Mia ? Okey tak?” Mia menyisir rambutnya yang separas bahu sambil melirikkan matanya ke arah Arina yang mula membaca majalah Remaja.

“Biasa aje. Assignment ada la sikit.” jawab Mia. Arina meletakkan kepalanya di atas bantal. Satu keluhan terlepas dari bibirnya. Mia merenung hairan kepada sahabatnya nan satu itu.

“Apasal ni, Ina? Ada problem ke?” Mia menunjukkan keprihatinannya sebagai seorang sahabat.

“Memang ada. Besar pulak tu. Siapa pun tak boleh tolong.” Arina mengeluh lagi.

“Ish ... serius aje bunyinya. Masalah apa yang besaq sangat tu? Habaq mai sini, kot aku boleh tolong ...” Mia meniru gaya percakapan loghat orang utara.

Start dah anak mami celup ni.’ Desis hati Arina. Arina bangkit daripada pembaringan. Dia membuntangkan matanya sambil menghampiri Mia. Mia gugup lantas berundur ke belakang.

Aku tersalah cakap ke?” Mia berbisik di dalam hati. Mukanya dirapatkan, Mia mendengar bunyi nafas mendesah.

“Apa ni Ina ? Kau dah gila ke?!” Kaki Mia menggeletar. Tubuhnya bagai melekat ke pintu almari. Tiada ruang bagi Mia untuk melepaskan diri.

Kenapa kau jadi macam ni, Ina?’ Hati kecil Mia menjerit.

“Ha’ah ... memang aku dah gila! Gila pasal teramat boring. Kau suggest la apa patut aku buat?” Arina bersuara kemudiannya menamatkan keresahan yang menyapa hati Mia. Mia mengurut dada tanda kelegaan.

‘Budak ni ... buat suspen aku aje la! Gaya macam nak meragut kewanitaan aku.’ Mia masih mengurut dadanya dek gurauan Arina yang agak keterlaluan itu. Arina ketawa mengekek melihat ekspresi wajah temannya itu.

“Wei, pucat lesi muka hang! Awat? Hang takut aku anukan hang ka? Aku ni masih waras lagilah. Tak dak selera aku insan sesama jenis ni.” Arina meniru dialek utara yang telah dibuka gelanggangnya oleh Mia. Ingat ... Mia saja yang tahu berbahasa utara ... Arina pun cekap juga. Mia mencebik.

“Kalau aku boleh flashback muka kau tu ... kau akan tau macam mana hodohnya. Mengalahkan perogol bersiri.” Ujar Mia yang masih ngeri dengan gurauan Arina.

“Dah la tu. Berbalik pada problem aku tadi. Kau tak ada apa-apa idea?” Arina masih mengharapkan Mia memberi cadangannya kepada keboringan yang sudah melanda dirinya di tahap yang maksima.

“Senang aje. Pergilah cari balak. Nescaya kau tak kan boring lagi, hari-hari kau akan rasa bahagia saja.” Giliran Mia pula mengenakan Arina setelah dirinya teruk terkena dengan gadis itu sebentar tadi. Arina pula yang mencebik.

“Tak bernas langsung idea kau tu. Kau ingat cari balak macam beli barang kat kedai ke, rembat aje mana suka. Lainlah kau ... tak payah susah-susah nak usaha terus Abang Fakhrul masuk line,” Arina berkata selamba. Siapa tidak kenal dengan Mia Erika, junior paling top di kolej ini. Cantik orangnya, low-profile, bertudung litup di kepala. Kalaulah Arina tidak terbaca satu artikel di akhbar yang memaparkan wajah Datuk Shahbudin, ayah Mia, sedikit pun dia tidak akan menyangka bahawa Mia anak orang berada. Agaknya itulah yang memikat hati abang Fakhrul yang menurut pelajar senior antara lelaki yang paling sukar hendak dekat dengan spesis lemah-lembut ni. Tidak seperti pasangan lain, mereka jarang keluar berdua. Bila Arina ajukan soalan tersebut pada Mia, dia memberitahu yang Abang Fakhrul tidak mahu hubungan mereka menjadi bualan orang, takut mengundang fitnah. Hanya telefon bimbit menghubungkan dua hati yang diulit rasa kasih dan sayang.

“Assalammualaikum!!”

“Waalaikumussalam.” serentak salam dijawab.

“ Hai ... eh, Arina pun ada? Lama tak naik bilik?” Isu yang sama diutarakan lagi.

“Ala, Rita. Baru seminggu, sekurang-kurangnya kau tenanglah sikit kan tanpa kehadiran aku.” Balas Arina sekadari ingin mengusik Rita pula bagi menghilangkan rasa kebosanan yang melanda dirinya daripada tadi.

“Tu yang aku tanya ni. Nampaknya, dah tak ada lagilah ketenangan untuk aku, kan?” Patung Hello Kitty melayang ke arah Rita namun dia sempat mengelak.

“Hai, Rita ... kawan kita yang sorang ni tengah boring tahap maksima. Kau tolonglah carikan penawar untuk dia ni.” Mia mencelah. Rita menyelit di sisi Arina setelah menukar ke pakaian tidur. Tangannya menggapai telefon bimbit NOKIA 3310 yang letaknya di sudut meja.

“Kau nak kenal dengan member aku tak? Kebetulan dia tengah nak cari member baru. Yelah, saja menambah kenalan. Untung-untung sangkut. Dia tu budak baik tau. Baru je clash dengan awek dia ... budak sekolah aku. Trylah, Ina. Nah, ni nombor dia.” Rita menghulurkan telefon bimbit itu kepada Arina untuk dia mengambil nombor telefon jejaka itu.

‘Amboi! Baik punya Promote ... kalah iklan kat televisyen. Dah jadi ejen match maker pulak member aku ni. Ingat aku ni desperate sangat ke nak ber boyfriend? Arina menggetus di dalam hati dengan cadangan Rita.

“Ish ...mengarutlah kau. Ini kerja tak masuk dek akal. Nanti dia ingat aku ni perempuan apa pulak.” Arina menolak.

“La ... tak ada mendenya. Member aje, bukan aku suruh kahwin. Cubalah buka sikit minda tu. Pandang dari sudut positif. Kita kat ‘U’ ni kena survive sendiri ... bukan macam kat sekolah dulu, semua cikgu suap. Kalau kita ramai kenalan, kita boleh berbincang, tukar soalan, pinjam buku ... kan jimat? Sampai bila kau nak takut dengan lelaki? Dia orang pun makhluk Allah jugak.” Sebakul Rita memberi nasihat kepada Arina. Arina membisu seribu bahasa setelah mendapat khutbah malam percuma daripada Rita..

“Sebenarnya ...aku malu bukannya takut, Rita. Aku tak cantik macam orang lain, rendah pulak tu. Banyak sangat kekurangan yang menghalang aku ...” Rita pantas mencelah.

“Janganlah cakap macam tu. Semua insan dijadikan ada keistimewaannya sendiri. Mungkin kau tak nampaknya sekarang, mungkin benda yang kau anggap satu kekurangan itu akan jadi kelebihan untuk kau satu hari nanti. Percayalah. Kau memang tak cantik,tapi comel,” Rita menggenggam tangan sahabatnya yang terletak di ribaan. Arina tersenyum di dalam hati mendengar pujian ikhlas Rita.

Terima kasih teman, bicaramu seakan cahaya yang membantu aku menyusuri lorong hidupku yang diselubungi kegelapan. Tapi, kau tak mengerti bahawa sekeping hati ini pernah terguris. Biarpun luka lama telah pulih, namun parutnya masih ada untuk aku kenang. Parut ini akan sentiasa mengingatkan aku akan tahap diriku.’ Arina merintih.

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.