Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 15

‘Alamak, silap turun la! Apa aku nak buat ni?’ Arina menghayunkan langkah. Sungguh dia tidak menyangka malang akan menimpa.

Yang aku ikut dia orang turun tu buat apa? Pakcik bas ni pun satu ... berhentilah kat dewan kuliah dulu, aku kan baru pertama kali naik bas. Tak pasal-pasal kena menapak dari pusat konvensyen ke dewan kuliah.’ Arina mendengus geram.

Arina betul-betul panik. Kuliah akan bermula sebentar sahaja lagi.

‘Cool Ina ... cool. Ya Allah, mintak-mintak aku sampai sebelum pensyarah. Apa susah, tanyalah orang.’ Arina mundar-mandir sambil matanya melilau mencari bangunan dewan kuliah gugusan 2.

Semasa minggu orientasi mereka telah dibawa mengelilingi kawasan kampus. Malah ada beberapa aktiviti dijalankan di dalam dewan kuliah. Tetapi dia langsung tidak mengingati posisi bangunan dewan kuliah. Semua bangunan nampak sama sahaja pada pandangan mata Arina. Mujurlah ada insan penyelamat yang menunjukkan arah, kalau tidak mahu saja dia menangis di situ.

Arina menghela nafas lega sewaktu matanya melihat papan tanda yang bertulis dewan kuliah gugusan 2.

Now, i must find dkg 2/1. Mana ye? Mesti kat depan sekali ni.’ Arina menduga.

‘Hii ... ramainya orang. Segan pulak nak masuk. Eh betul ke ni dewan kuliahnya? Ataupun yang sebelah sana?’ Arina tercegat di depan pintu. Telefon bimbitnya berdering.

“Helo”

“ Woi, Ina! Yang kau tak masuk lagi kenapa? Aku dah reserve tempat untuk kau ni,” Kedengaran suara Sue di talian. Wajah Arina kembali ceria setelah mendapat panggilan itu.

“Wei ... Sue! Kau kat mana?” Tanya Arina ceria. Matanya masih lagi meliar mencari kelibat Sue.

“Dalam dewan kuliah la. Aku boleh nampak kau kat luar. Cepatlah ... aku kat ruang sebelah kiri, baris ke 3 tau!” Jawab Sue sambil memberi arah panduan kepada Arina agar gadis itu dapat mencari posisi kedudukannya dengan betul.

“OK!” talian diputuskan. Arina segera masuk. Senyuman dilemparkan tatkala ternampak Sue melambai-lambaikankan tangannya. Mereka saling berpelukan sesama sendiri, kegembiraan bertemu teman lama sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.

“Lama tak jumpa, tak sangka sama U.” Perbualan sudah pun dimulakan di antara kedua-dua mereka.

“Ha’ah ... aku ingat aku aje yang malang kat sini.” Ujar Arina sambil tersengih.

“Ramai lagi. Kau duduk kolej mana, Ina?” Sue trus bertanya.

“Perwaja. Kau TNB kan?” Sue mengangguk. Tangannya menyeluk ke dalam beg. Sekeping kertas cetakan komputer dikeluarkan.

“Eh, Ina. Tengok schedule kau. Aku nak check kot ada yang sama.” Sue meminta jadual pembelajaran daripada Arina. Arina pantas membuka dompetnya. Memang sengaja dia menyimpan slip jadual di situ supaya tidak hilang, lagipun dia bimbang akan kecuaiannya.

“Kita sama la. Kira okey la tu. Adalah jugak member.” Sue mengembalikan semula slip jadual milik Arina. Arina senyum suka, sekurang-kurangnya tidaklah dia kesunyian di kampus ini. Perhatian ditumpukan ke hadapan, dewan yang pada awalnya tidak terkawal mula beransur diam dengan kehadiran pensyarah. Subjek pertama pembuka tirai begelar sebagai mahasiswa ialah pengantar sains sosial. Satu episod baru kini bermula ...

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.