Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 14

Asyik-asyik taklimat, dari matahari terbit sampailah ke matahari terbenam, dah naik jemu mengadap Dewan MAS ni. Bosanlah!’ Arina membentak di dalam hati. Kepenatan yang dialaminya membuatkan dia mengomel sendirian. Arina menoleh kepada kenalan barunya. Sudah selamat melayarkan bahtera rupa-rupanya, patutlah daripada tadi senyap saja. Majoriti pelajar junior yang lain turut terkulai, tidak mampu menahan mengantuk yang semakin menggila. Ditambah pula dengan alat penghawa dingin yang menyamankan ... memang sesuai untuk membawa diri ke alam mimpi!

Melihatkan panorama begitu, ingin juga Arina menjejak langkah teman-teman barunya, tetapi jauh di sudut hati terbit pula rasa malu. Meskipun kelopak matanya bagai ditarik-tarik untuk mengikuti jejak mereka, namun dia cuba untuk melawan kehendak hati.

Sedang dia cuba memfokus kepada penerangan penceramah jemputan, telinganya menangkap bunyi halus kekekan ketawa. Pantas dia melarikan pandangannya ke sisi. Sekumpulan pelajar senior merangkap AJK minggu suaikenal sedang seronok menjalankan aktiviti mereka yang sedang merakam aksi pelajar junior yang lena diulit mimpi menggunakan kamera video.

Fuh ... syukur aku tak tertidur! Dia orang ni dah tak de kerja lain ke ... ingat bagus sangat ke mengaibkan orang begitu?’ Perlahan-lahan Arina mencuit bahu teman disebelahnya. Terpisat-pisat temannya itu bangun. Merah padam wajah temannya tatkala pelajar senior yang sedang merakamkan gambar video mengetawakan gadis itu. Arina turut merasa bahangnya, tetapi apa yang mampu dilakukannya selain menyumpah seranah di dalam hati.

“Releks la ... Mia. Dia orang tu nama aje dah tua, tapi perangai mengalahkan budak 1 tahun. Lagipun hari ni last diorang nak buli kita. Sabar ajelah.” Arina cuba mententeramkan hati Mia yang sudah pun dilanda malu. Mia senyum. Dia bukannya marah, cuma malu. Entah bagaimana rupanya sewaktu tertidur tadi? Buatnya ada air liur basi meleleh .... ish, minta dijauhlah!

“Ramai ke yang jadi mangsa ‘paparazzi’ tak bertauliah tadi, Ina?” Mia bertanya setelah matanya kembali segar.

“Mmm ... ramai jugak. Ada tu dah sampai senget kepala, risau aku,” Arina ketawa megenangkan gelagat rakan-rakannya tadi. Mia cuba berkata sesuatu, namun bicaranya terkunci dan dia cuma mengeluh. Arina seakan-akan dapat mengagak apa yang berlegar di fikiran Mia.

“Kau jangan risaulah. Abang Fakhrul tak termasuk dalam golongan tadi. So, saham kau masih stabil lagi.” Sakat Arina. Mia mencubit lengan Arina namun gadis sempat menepis. Mereka berdua tertawa sambil menyusuri rumput yang tumbuh meliar. Kepekatan malam menyukarkan pergerakan. Sudah ramai pelajar junior yang cedera akibat terjatuh tersadung batu. Bukan tidak disediakan jalan berturap, cuma untuk minggu orientasi mereka diarahkan melalui jalan ini. Kononnya pada pendapat mereka, lebih adventure. Yelah tu ... kalau hendak ragging, cakap saja lah. Main kiasan pula. Apa pun esok bakal merubah segala-galanya

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.