Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 13

Bermula satu perjuangan ...

‘La ... ni ke kolej aku? Uzurnya ... macam kat dalam hutan rimba aje. Ah, banyak pulak songeh, ini pun kira bagus la ada tempat tinggal, orang lain ada yang terpaksa tidur kat kaki lima. Apa nama kolej aku tadi ... haa ... Perwaja.’ Desis hati Arina ketika kakinya menjejaki bumi Universiti Utara Malaysia.

“Diminta para pelajar sila ambil tempat masing-masing. Sesi pendaftaran akan dijalankan sebentar lagi. Siapa yang tak ambil angka giliran sila jumpa pihak urusetia kat depan ni.” Arina mengambil tempat duduk di bawah khemah yang disediakan. Sementara orang ramai masih sibuk dengan urusan masing-masing, dia memeriksa segala dokumen yang diperlukan, takut ada yang tertinggal. Kadang-kadang masalah kecil pun akan turut menjejaskan sesuatu perkara. Alhamdulillah, segala dokumen yang diminta ada dalam simpanan. Dia memerhati keadaan sekeliling. Mak aih ... ramainya manusia! Wajah masing-masing mempamerkan semangat baru bergelar siswa-siswi.

Setelah semua pelajar selesai mendaftarkan diri, para pelajar baru diarahkan berkumpul di parking lot. Cuaca pada masa itu panas terik, matahari pula sedang tinggi menegak di atas kepala. Keringat mula membasahi tubuh. Awal-awal lagi sudah kena jemur, selepas ini entah apa pulak senior yang berkumpul ini hendak buat. Arina sudah lali dengan semua ini. Maklumlah dari tingkatan satu lagi berjauhan daripada keluarga kerana dia mendapat pendidikan menengah di salah sebuah asrama di Selangor. Memang pada mulanya agak sukar untuk dirinya menyesuaikan diri. Dahulu ... dalam senyap-senyap dia selalu menangis ketika mandi. Tidak ada seorang pun yang tahu. Pernah Arina merayu pada abah agar membawa dia keluar daripada asrama, tetapi abahnya enggan meskipun Arina puas menangis di hadapannya. Seolah-olah air mata anak perempuan tunggalnya ini langsung tidak berharga. Pada masa itu memang Arina sakit hati. Tetapi siapa menjangka yang dia berjaya menamatkan pendidikan sehingga tingkatan lima. Kalau hendak diikutkan, tidak terkira kenangannya sepanjang bergelar pelajar. Pengalaman dirotan oleh penguasa asrama, ditangkap sebab ponteng prep, kantoi sebab sneak out ( keluar tanpa kebenaran) dan sesungguhnya segala keangan itu mematangkan diri Arina hari demi hari.

“Kita akan berehat sehingga pukul 2.00 petang. Tepat pukul 12.30, diminta semua ibu bapa atau penjaga yang hadir di Dewan Muazam Shah untuk sesi taklimat. Kenderaan akan disediakan. Kami memohon kerjasama daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Terima kasih.” Arahan diterima daripada seorang jejaka yang mengetuai para pelajar senior yang lain.

‘Pemberi arahan itu sudah pasti presiden kolej kerana asyik dia saja yang bercakap sejak daripada tadi. Mmm ... not bad, tapi bukan taste aku lelaki berkulit cerah ni. Hai Arina , dalam panas terik pun sempat lagi judge orang ye? Well, that’s me!’ Arina menyimpul senyumannya di dalam hati tatkala memandang jejaka berkulit cerah itu.

Sebelum pulang, emak dan abah sempat menitipkan kata semangat buat Arina untuk bertahan di bumi Sintok ini. Sedaya upaya Arina menahan empangan air mata kerana dia tidak mahu mempamerkannya di hadapan kedua orang tuanya itu.

Aku tak mahu mereka melihat aku menangis.’ Arina bertekad di dalam hati. Sesungguhnya semangat daripada ibu bapa merupakan azimat setelah ditinggalkan untuk meneruskan perjuangan yang masih belum berakhir ini. Setelah mereka hilang dari pandangan mata, barulah Arina membiarkan manik jernih mengalir di pipinya.

Ah, anak abah akan cekalkan hati meredah segala cabaran yang terhampar di sini demi menggenggam segulung ijazah yang menjadi impian.’ Arina pantas menyeka air matanya yang semakin gugur menyembah dataran pipinya. Itulah semangat perjuangan daripada seorang anak yang bergelar pelajar.

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.