Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 12

Apa? UUM? Universiti Utara Malaysia? Sudah jatuh ditimpa tangga, lepas tu tergelincir pulak sebab terpijak kulit pisang, itulah ibarat nasib aku sekarang. Tak terlintas langsung dalam fikiran yang aku bakal menjadi siswi UUM. Sia-sia saja aku belajar aliran sains tulen dari tingkatan 4 sampailah ke matrikulasi. Akhirnya dapat kursus yang langsung tak berkaitan dengan apa yang aku pernah belajar dulu. Goodbye Kimia, Ta-ta Fizik, Selamat jalan Biologi ... kita terpaksa berpisah buat selamanya.

Abah yang beritahu aku melalui telefon. Abah aku ni advance, aku tak sempat pun call infoline UPU, dia dah tau dulu. Zaman IT ni penerimaan maklumat semuanya berjalan dengan pantas. Bila aku memaklumkan yang aku tak mintak pun UUM, terus abah mengandaikan yang aku ni mangsa lelong IPTA. Bisa sungguh kata-kata abah! Tapi ... itulah hakikat yang terpaksa aku hadapi. Mungkin ditakdirkan nasib aku lebih baik di Sintok. Aku ditawarkan kursus multimedia. Rasa nak tergelak pulak, aku ni dahlah fobia komputer, dulu masa kat matriks pun aku mintak ditukarkan aliran daripada sains fizikal ke sains hayat. Tu lah ... Allah dah tunjukkan jalan dari dulu lagi, tapi aku saja yang membatasi takdir. Sekarang inilah lorong kehidupan yang perlu aku susuri.’ Hati kecil Arina berbicara sendirian ketika keputusan kemasukan ke universiti diberitahu.

Semalam Arina meletakkan jawatan secara rasmi sebagai kitchen crew McDonald cawangan Serdang. Sedih, terharu, gembira ... semua bercampur aduk. Sedih sebab kena tinggalkan krew-krew yang baik hati. Terharu sebab dianugerahkan The Best Kitchen Crew of The Year.

Nasib tidak bersembur air yang aku minum masa meeting crew, kalau tak jatuh saham aku. Dahlah aku duduk depan Abang Shamsul. Pelik aku, buat filtering sampai banjir kitchen dengan minyak pun boleh diiktiraf jadi kitchen crew terbaik?Kelakar kan ... bila difikir-fikirkan semula. Semua mendoakan pemergian aku ... Kak Ha, Kak Aida ... thanks for everything! You two are the best assistant manager I’ve ever met. Gembira? Kenapa ye? Sebab ada juga member kamcing aku yang senasib dengan aku tercampak kat utara. Ingatkan aku sorang aje. Sama kursus pulak tu. Habislah UUM, silaplah diorang ambik kita orang ni. Huru-hara akan tercetus dengan kehadiran extreme charming monsters yang sentiasa memburu mangsanya. Size doesn’t matter.... He ... He ...’ Hati Arina berbisik ketika terkenangkan saat-saat perpisahannya dengan semua krew di Mc Donald.

Comments

Popular posts from this blog

INIKAH ERTINYA CINTA: 15

‘Alamak, silap turun la! Apa aku nak buat ni?’ Arina menghayunkan langkah. Sungguh dia tidak menyangka malang akan menimpa. ‘ Yang aku ikut dia orang turun tu buat apa? Pakcik bas ni pun satu ... berhentilah kat dewan kuliah dulu, aku kan baru pertama kali naik bas. Tak pasal-pasal kena menapak dari pusat konvensyen ke dewan kuliah.’ Arina mendengus geram. Arina betul-betul panik. Kuliah akan bermula sebentar sahaja lagi . ‘Cool Ina ... cool. Ya Allah, mintak-mintak aku sampai sebelum pensyarah. Apa susah, tanyalah orang.’ Arina mundar-mandir sambil matanya melilau mencari bangunan dewan kuliah gugusan 2. Semasa minggu orientasi mereka telah dibawa mengelilingi kawasan kampus. Malah ada beberapa aktiviti dijalankan di dalam dewan kuliah. Tetapi dia langsung tidak mengingati posisi bangunan dewan kuliah. Semua bangunan nampak sama sahaja pada pandangan mata Arina. Mujurlah ada insan penyelamat yang menunjukkan arah, kalau tidak mahu saja dia menangis di situ. Arina menghe...