Skip to main content

INIKAH ERTINYA CINTA: 11

‘Genap 3 bulan aku bekerja dan selama itulah aku banyak menimba pengalaman. Kalau dulu nampak orang lelaki macam nampak hantu, cakap pun tersasul tapi sekarang dah boleh maintain beb!’ Hati kecil Arina berkata-kata. Dia tersenyum kerana berjaya menguruskan kehendak pelanggan sebentar tadi. Tanpa ada rasa cemas dan gugup.

“Ina pilih course apa masa isi borang UPU?” Abang Shamsul menyoal. Bertembung pula dengan Abang Shamsul yang tak putus-putus ingin mengambil tahu perkembangan dirinya.

‘Aiseh, segan nak habaq. Pilih course sikit punya power, tak padan langsung dengan keputusan yang cikai tu.’ Sekali lagi hati kecil Arina berbicara tatkala pertanyaan itu diajukan kepadanya.

“Malu la nak cakap. Tak payah tau la.” Arina ingin mengelak daripada menjawab pertanyaan daripada Abang Shamsul. Langkahnya laju menuju bilik rehat.

“Apa nak dimalukan. Cakaplah ... abang cuma nak tau saja. Tak kan itu pun nak malu ... lainlah kalau abang tanya sama ada Ina terima lamaran abang atau tidak.” Nakal Abang Shamsul mengusik. Arina mengeluh dengan wajah yang sudah pun merona kemerahan.

“Hesy ... ke situ pula abang ni. Alah ... Ina pilih course biasa-biasa aje. Sekarang yang penting, Ina dapat masuk U, tak kisahlah course apa pun.” Ujar Arina menutup malu sambil mengunyah kentang goreng yang masih bersisa. Abang Shamsul tersenyum.

“Tak mintak UPM?” Tanya Abang Shamsul lagi.

“Ish ... mana boleh tak mintak, wajib tu. Kalau dapat senang ... dekat aje. Eh, tapi nanti mesti jumpa abang, kan? Tak bestlah, tak nak la UPM. Apa kelas!!” Giliran Arina pula mengusik Abang Shamsul.

‘Tu lah ... siapa suruh kenakan aku. Sekarang, ambil pula habuan kau. Hehehe ...’ Arina bersorak di dalam hati setelah dapat mengenakan Abang Shamsul.

“Amboi ... berlagak! Tak pe, nanti kalau Ina dapat UPM, abang ragging Ina cukup-cukup!”Abang Shamsul yang sudah pun naik angin seakan-akan memberi amaran kepada Arina. Namun, Arina hanya ketawa menutup getar dihatinya. Buatnya betul Abang Shamsul mengotakan kata-katanya, mahu pengsan Arina nanti.

Pantang aku kutuk UPM, mulalah dia.’ Getus hati kecil Arina lagi.

“Woi, siapa nak pergi party kat KL?” suara Kak Ogy mengganggu seketika perbualan kedua-dua uda dan dara itu.

Party apa benda pulak ni?’ Arina mengerut dahi sambil memandang ke arah Kak Ogy.

Party apa, Gee? Best sangat ke sampai terpekik-pekik? Macam orang kena histeria.” soal Abang Shamsul sekaligus mengenakan Kak Ory.

“Mestilah best. Kalau aku yang tukang bawa cerita ... tak ade yang tak best melainkan best saja hendaknya,” jawab Kak Ogy selamba tanpa menghiraukan sindiran Abang Shamsul untukdirinya.

Kak Ogy ni brutal habis. Pakai lak seksi-seksi ... maksud aku pakai t-shirt ‘kecik’ yang melekap betul-betul kat badan tu. Tak delah sampai tahap pakai skirt pendek. Jeans aje memanjang minah tu. Kalau sehari tak melancarkan ‘sinar laser’ mulut dia memang tak senang duduk. Aku yang tak berdosa ni la selalu jadi mangsa.’ Arina menggeleng-geleng kepala melihat telatah Kak Ogy.

“Arina, tak nak join ke? Ala ... kau ni baik bebenor, sesekali jadi jahat apa salahnya,” Kak Ogy memujuk.

‘Aku bab-bab party ni, tak berkenan sangat. Macam mana nak join dia orang ...’ Getus hati kecil Arina lagi.

“Bilanya Kak Ogy?” Walaupun tidak suka tetapi Arina tetap bertanya.

“Minggu depan, hari Ahad. Jomlah.” Kak Ogy merenungi wajah Arina mengharapkan jawapan daripadanya.

‘Hari Ahad? Tak silap aku ... memang tak kan salah ... tarikh keramat hari pendaftaran ke universiti tu. Aku dengar status tawaran akan diumumkan dalam minggu terdekat ni. Entah-entah esok! Penentuan antara hidup dan mati. He... he ... seriau aje bunyinya.’ Arina berfikir sesuatu sebelum memberikan sebarang jawapannya kepada Kak Ogy.

“Apa yang specialnya pergi party tu?” Abang Shamsul bertanya lagi.

‘Hai ... berminat nampak. Muka macam baik, alim ... tapi tak boleh harap. Orang sekarang tak boleh dinilai dari segi paras rupa. Bak kata orang putih, don’t judge a book by it’s cover.’ Sekali lagi hati kecil Arina berbicara sambil memandang kepada Abang Shamsul dengan simpulan senyuman yang cukup sinis.

“Dapat la duit poket, t-shirt dan yang paling penting sekali ... enjoy!” Balas Kak Ogy menjawab pertanyaan Abang Shamsul.

“Kau memang ... tak de keje lain, asyik nak enjoy aje.Cubalah kurangkan sikit aktiviti macam tu. Kita ni tak tau bila ajal menjemput ...” tenang Abang Shamsul menyusun kata. Walaupun lembut, namun penuh dengan sindiran. Sekalilagi Kak Ogy terkena dengan sindiran maut daripada Abang Shamsul. Merah padam muka Kak Ogy. Tapi Kak Ogy tidak akan mudah melatah kalau orang melemparkan apa-apa komen terhadap dirinya. Bagi Kak Ogy, tidak salah jika orang hendak menegur, tetapi bukan memaksanya untuk mengikut apa saja yang dikatakan orang.

“Oklah, Shamsul.Terima kasih sebab nasihat aku, nasiblah kau ni handsome ... kalau tak dah lama dah ...” Abang Shamsul ketawa kecil melihat kepada keberangan Kak Ogy. Arina ikut ketawa melihat gelagat mereka berdua yang agak lucu itu.

“Haa ...Ogy! Apa buat kat belakang ni? Mentang-mentang la customer tak ramai, main tinggal aje kitchen tu,” Itu dia ... penolong pengurus restoran sudah marah.

“Ala, Kak Ha ... saya tengah menyampaikan amanah bos ni. Pasal party tu. Haa ... Kak Ha rasa ada saiz tak t-shirt untuk Arina ni?” Kak Ogy membela diri sambil mengerling kepada Arina dengan tujuan untuk mengusik dirinya.

‘Mulalah Kak Ogy tu. Adalah dia nak sakat aku tu.’ Arina mencebik ketika memandang kepada Kak Ogy.

“Arina? Entah, kecik sangat. Saiz S boleh la kut.” Balas Kak Ha turut memandang kepada Arina.

“Saya rasa bukan S la. Tengok badan dia ni ... saiz baju kanak-kanak aje yang muat. Stok Kiki Lala, Kiko ... kan, Kak Ha?” terburai tawa mereka berdua.

Tengok ... kan aku dah kata, mesti kena punya.’ Arina geram diusik begitu, namun dia maintain cantik di hadapan Abang Shamsul.

“Ish, korang ni. Tak baik memperkecilkan orang.” Abang Shamsul membela Arina yang sudah pun terkena teruk dengan kedua-dua gadis itu.

“Alamak ... mamat hensem backing la … ni yang jealous ni! Aku kau tak pernah pun nak backing,ye?” Ada riak cemburu di wajah Kak Ogy.

“Engkau tu buat apa, lainlah Arina. Baik aje ... rajin kerja, kan?” Abang Shamsul menoleh ke arah Arina yang sedang menyedut minuman yang masih berbaki. Arina senyum. Bangga mamat hensem sentiasa berpihak kepadanya. Berasaplah Kak Ogy. Arina ketawa di dalam hati.

“Yelah ... Aku aje yang jahat. Tak pe, aku ada Kak Ha ... kan Kak Ha?” Kak Ogy mencari geng untuk berpihak kepadanya.

“Eh, sapa nak geng dia, tak kuasa I!” Kak Ha menolak untuk berpihak kepada Kak Ogy membuatkan Arina dan Abang Shamsul berpakat gelakkan Kak Ogy yang masih bersendirian tidak memperolehi sesiapa jua untuk berpihak kepadanya..

‘Ha ... ha ... akhirnya aku menang jugak setelah kalah berkali-kali di tangan Kak Ogy. Jangan marah ye Kak Ogy...’ Ketawa Arina di dalam hati setelah kemenangan menjadi miliknya pada hari itu.

Comments

Popular posts from this blog

My ultimate weakness is….always put too much and expecting too much from someone Which ended me hurt and frustrated. Always trust man words even I deny it verbally. Oh my…why do I always feel this way. Kebodohan apakah yang melanda? Hingga ke hujung usia masih tidak bangkit dari ujian yang sama. Moga…ya untuk moga yang kesekian kalinya. Moga tiada lagi istilah “percaya” pada yang tidak sepatutnya aku percaya.