Minn masih lagi tidak percaya bahawa dia sudah tiba di Perth. Walaupun setelah melangkah masuk ke rumah yang disewa Syima sepanjang pengajiannya di sini. Menurut Syima, kebanyakan pelajar menetap di asrama tapi dia memilih untuk tinggal di luar.Syiwa menyewa rumah jenis villa iaitu beberapa buah rumah yang sama struktur binaannya ditempatkan dalam satu lot dan dilingkungi pagar yang sama.
"Minn, kenapa tercegat lagi kat pintu tu?Jomlah aku tunjuk bilik." Minn tersentak.
"Aku kagumlah tengok rumah kat sini. Tengah menghayati ni."
"Banyaklah kau punya menghayati ya. Kau still ada seminggu untuk menelaah semua benda yang ada kat sini." Minn tersengih. Dia mengekori Syima masuk ke sebuah bilik. Semerbak haruman lavender menusuk ke rongga hidung. Ada sebuah katil bujang, almari pakaian dan sebuah meja yang dilengkapi komputer peribadi model Apple.Buku-buku rujukan kepunyaan sahabatnya tersusun rapi di atas meja dan di atas rak pasang sendiri. Barangkali ini bilik belajar. Minn merebahkan dirinya di atas tilam. Aman damai dirasakan saat ini.
"Haruman lavender boleh menimbulkan rasa tenang. Aku harap kau dapat ketenangan yang kau cari," lembut suara Syima menerjah ke cuping telinga Minn.Syima mengambil tempat di sisi Minn yang masih sepi.Melihat Minn tak ubah seperti melihat dirinya sendiri yang juga pernah ditinggalkan. 7 tahun menjalinkan hubungan akhirnya dia ditinggalkan begitu sahaja dengan alasan tiada keserasian.Separuh nanar dia meratapi nasib.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi di luar Malaysia di samping merawat hatinya yang hancur lebur di kala itu.
"Thanks Syima. For everything that you have done.Tak tahu macam mana nak balas semua jasa baik kau pada aku." Minn menyentuh tangan Syima dan digenggam erat. Syima menepuk tangan Minn sambil menggeleng seolah memberi isyarat apa yang dilakukannya tidak perlukan balasan.Bunyi deringan telefon bimbit mengganggu perbualan dua sahabat.Syima menjawab panggila. Dahinya berkerut.Minn cuma memerhati.
"My friend just called. Dia kata ada amendment lagi untuk thesis aku tu.So aku kena pergi U sekejap.Kau rehatlah dulu.Kalau lapar makanan ada dalam fridge.Kalau bosan boleh on PC.Ada internet connection.Selesai semua benda aku balik dan akan bawa kau jalan-jalan.Okay?"
"Kau jangan risaukan aku.Pandailah aku nanti."
"Okay Minn.Make yourself at home.Have a rest."
Sepeninggalan Syima, Minn dicengkam sunyi. Aroma lavender dan suasana kamar yang suram membuatkan matanya semakin layu biarpun dia telah tidur sewaktu dalam penerbangan tadi.Tidak lama Minn kembali hanyut dibuai mimpi.

Comments
Post a Comment