Sudah lebih seminggu insiden itu berlaku. Arina sudah serasi dengan panggilan adik di kalangan teman-teman rapatnya. Cuma Sue dan Aziriza masih memanggilnya dengan nama asal. Ada masa dia merasakan memang dilayan sebagai adik. Sesungguhnya, dia senang hati diperlakukan sedemikian rupa. Di rumah dia bergelar kakak yang sulung, apa salah bertukar profesion menjadi adik pula di sini. Terasa dimanja. Awal-awal lagi Arina sudah menyediakan beberapa tempat kosong untuk rakan-rakannya yang masih belum tiba. Dia menghalakan matanya ke pintu masuk utama dewan kuliah. Sejurus kemudian, dua orang lelaki melangkah masuk. Dia tersenyum sendiri. Jejaka pujaan Sue sudah sampai. Sekali lagi ditemani kawan yang sama semasa di lobi Fakulti Teknologi Maklumat. Sempat dia memerhatikan lelaki itu. Bersongkok hitam, kemas, lagak seperti alim . Kalau berjalan, mukanya pasti ditundukkan. Menjaga pandangan barangkali. Bunyi derap kaki mematikan renungannya. Rakan-rakannya sudah sampai rupanya. Setelah me...
AKU MENULIS BILA AKU PUNYA SESUATU UNTUK DIKONGSI DAN DILUAH TANPA DAPAT MENUTURNYA DENGAN KATA