“Woi,bangunlah! Anak dara apa ni matahari dah tinggi segalah masih nak berbungkus!” Arina buat tidak endah sahaja dengan teguran adik bongsu lelakinya. Malas dia hendak melayan. Apa yang dia pasti, peluang cuti hujung minggu yang jarang-jarang muncul dalam hidupnya sejak bergelar krew Mc Donald harus dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Kelopak matanya masih belum mampu dibuka meskipun jam telah menunjukkan pukul 8 pagi. Tabir mimpi masih belum mahu melabuhkan layar. Lagi setengah jam aku bangun,janjinya pada diri sendiri. Insya Allah, mak tak marah kot. Bukan selalu aku bangun lambat. Baru saja dia ingin menyambung tidurnya yang terganggu dek suara bingit adiknya, wajahnya tiba-tiba dirasakan sejuk seperti terkena percikan air. Bocor ke atap rumah ni?Tapi nak kata hujan lebat,tak ada pulak dengar bunyi bising,getus hati kecilnya. Pada mulanya dia hanya membiarkan sahaja kerana terlalu mengantuk. Lama kelamaan makin basah pula mukanya lantas memaksa dia mengusir jauh-jauh niatnya untuk ...